Penghantaran silinder gas industri Linde ke Bann Edar Sdn. Bhd. di Kangar, Perlis
Gas Industri & Gas Kimpalan · Kangar, Perlis

Pembekal Gas Industri & Gas Kimpalan di Perlis

Bengkel kimpalan, kilang dan kontraktor di Perlis bergantung pada bekalan gas industri yang konsisten. Bann Edar Sdn. Bhd. di Kangar membekalkan oksigen, asetilena, argon, CO2 dan nitrogen jenama Linde untuk silinder besar.

Kami biasanya menyimpan stok gas industri di kaunter Kangar. Beritahu kami jenis gas dan berapa banyak silinder yang anda perlukan, ambil di kaunter, atau kami hantar ke tapak anda.

Bekalan gas kami

Gas Industri Yang Kami Bekalkan

Untuk silinder besar, gas dibekalkan daripada Linde. Setiap gas ada halaman sendiri dengan keterangan penuh.

Antara bekalan gas industri yang sentiasa tersedia di kemudahan kami termasuklah:

Ar

Gas Argon

Shielding gas untuk kimpalan TIG pada aluminium dan stainless steel.

O2

Gas Oksigen

Untuk kerja potong oxy-fuel, bengkel fabrikasi dan kegunaan industri am.

C2H2

Gas Asetilena

Pasangan biasa dengan oksigen untuk memotong dan memanaskan besi.

CO2

Gas Karbon Dioksida

Shielding gas untuk kimpalan MIG pada besi lembut.

N2

Gas Nitrogen

Kegunaan industri dan pengisian tayar nitrogen.

He

Gas Khas

Helium, hidrogen dan compressed air mengikut permintaan.

Sijil Pelantikan 2026: Bann Edar Sdn. Bhd. pengedar sah Linde Malaysia
Sijil Pelantikan 2026

Pengedar Sah Linde Malaysia

Bann Edar Sdn. Bhd. dilantik oleh Linde Malaysia Sdn. Bhd. (dahulu MOX) sebagai pengedar sah gas berbungkus (packaged gases) dan barangan kimpalan (hardgoods) bagi tahun 2026. Anda mendapat gas dan bekalan kimpalan tulen terus daripada rangkaian rasmi Linde.

Lihat sijil penuh →

Kelebihan kami

Kenapa Pilih Servis Gas Industri Bann Edar?

Bekalan Terus Dari Linde

Gas silinder besar kami ditempah terus daripada Linde, jadi anda tahu jenama dan gred yang anda terima.

Keselamatan Terjamin

Kami turut membekalkan regulator, flashback arrestor dan aksesori kimpalan supaya pemasangan di bengkel anda betul dan selamat.

Satu Panggilan Sudah Cukup

Telefon atau WhatsApp untuk mula. Kami sahkan pesanan dan maklumkan bila gas sampai. Tidak perlu datang berulang kali.

Proses Pesanan

Cara Pesan Gas Industri di Perlis

Gas oksigen, asetilena, argon, CO2 dan nitrogen biasanya ada stok di kaunter kami. Bagi kuantiti yang banyak, maklumkan lebih awal supaya kami boleh tempah masuk dari Linde.

1

Beritahu keperluan anda

Jenis gas dan berapa banyak silinder. Telefon, WhatsApp, atau terus ke kaunter kami di Kangar.

2

Kami sahkan stok

Biasanya ada stok. Bagi kuantiti besar, kami tempah masuk dari Linde dan maklumkan bila sedia.

3

Jelaskan bayaran

Deposit silinder, harga gas dan sewa silinder, dijelaskan semasa mengambil silinder.

4

Ambil atau kami hantar

Ambil sendiri di kaunter Kangar, atau kami aturkan penghantaran ke tapak anda.

Buat masa ini kami membekalkan satu saiz standard untuk silinder besar. Bagi silinder bersaiz kecil, pengaturannya berbeza. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Bayaran

Apa Yang Perlu Dibayar Semasa Mengambil Silinder

Ada tiga bayaran, kesemuanya dijelaskan semasa anda mengambil silinder. Hubungi kami untuk sebut harga mengikut jenis gas dan kuantiti.

DEP

Deposit Silinder

Bayaran cagaran bagi setiap silinder. Dikembalikan apabila silinder dipulangkan kepada kami dalam keadaan baik.

GAS

Harga Gas

Bayaran bagi gas di dalam silinder itu sendiri.

SEWA

Sewa Silinder

Sewa penggunaan silinder, dibayar di hadapan semasa mengambil silinder.

Silinder Ganti

Tukar Silinder Kosong & Penghantaran

Bawa silinder kosong anda ke kaunter Kangar untuk ditukar. Kalau anda perlukan beberapa silinder serentak, maklumkan kepada kami lebih awal supaya kami boleh pastikan stok mencukupi. Silinder kosong kami hantar semula ke Linde.

Bagi bengkel yang guna gas setiap hari, kami cadangkan simpan satu silinder ganti supaya kerja tidak tergendala menunggu bekalan.

Penghantaran

Ya. Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran silinder ke tapak atau bengkel anda. Maklumkan semasa membuat pesanan supaya kami boleh susun jadual mengikut bilangan silinder dan lokasi.

Sektor yang kami sokong

Sokongan Untuk Pelbagai Sektor Perindustrian

Sama ada anda menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan mesin (machine maintenance), fabrikasi struktur besi, pembaikan automotif, atau projek pembinaan komersial, bekalan gas kami disesuaikan untuk menyokong keperluan teknikal anda sepenuhnya.

Maklumkan awal sebelum silinder anda habis. Kami tempah silinder ganti, dan anda pulangkan yang kosong semasa mengambil yang baharu. Hubungi wakil jualan kami untuk pertanyaan mengenai bekalan gas industri berterusan.

Ruang dalam kedai Bann Edar Sdn. Bhd. di Kangar, Perlis — bekalan perkakasan industri dan gas
Liputan

Kawasan Yang Kami Liputi

Perlis: Kangar, Arau, Kuala Perlis, Padang Besar, Simpang Empat, Beseri, Chuping dan kawasan sekitarnya.

Kedah utara: pelanggan di sekitar Kedah boleh berurusan melalui cawangan kami di Sungai Petani.

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Adakah gas industri sentiasa ada stok?

Biasanya ya: kami menyimpan stok gas oksigen, asetilena, argon, CO2 dan nitrogen di kaunter Kangar. Bagi kuantiti yang banyak, sila maklumkan kepada kami lebih awal supaya kami boleh tempah masuk dari Linde.

Apa yang perlu saya bayar semasa mengambil silinder?

Tiga perkara: deposit silinder, harga gas, dan sewa silinder. Kesemuanya dijelaskan semasa anda mengambil silinder. Deposit dikembalikan apabila silinder dipulangkan dalam keadaan baik.

Ada berapa saiz silinder?

Buat masa ini kami membekalkan satu saiz standard untuk silinder besar. Kalau anda perlukan saiz lain, hubungi kami dan kami semak apa yang boleh diatur.

Adakah anda menghantar ke tapak projek?

Ya. Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke tapak atau bengkel anda. Maklumkan keperluan penghantaran semasa membuat pesanan supaya kami boleh susun jadual mengikut bilangan silinder dan lokasi.

Adakah anda juga jual barang kimpalan?

Ya. Kami menyimpan dawai kimpalan Linde MS6013, regulator, flashback arrestor, mata potong gas ANME, batu potong dan barang habis pakai kimpalan yang lain di kaunter Kangar.

Pusat Edaran Kami

Semak Stok Gas Anda

Bann Edar Sdn. Bhd. — kedai hardware di Kangar
282 & 284, Jalan Kangar – Alor Setar,
Taman Mutiara, 01000 Kangar, Perlis.

Hubungi atau WhatsApp kami untuk menyemak ketersediaan stok sebelum anda memandu ke kedai.

016-422 5570Talian Terus & WhatsApp

Waktu operasi: Isnin–Jumaat 9.00 pagi – 6.00 petang · Sabtu 9.00 pagi – 3.00 petang · Ahad tutup

Scroll to Top
Hubungi WhatsApp Arah
Semak stok via WhatsApp