Penghantaran silinder gas khas Linde ke Bann Edar Sdn. Bhd., Kangar, Perlis
Gas Khas · Kangar, Perlis

Gas Khas di Perlis: Helium, Hidrogen & Compressed Air

Bann Edar Sdn. Bhd. membekalkan gas khas (specialty gases) kepada kilang, makmal, bengkel dan kontraktor di Perlis dan Kedah utara — termasuk helium, hidrogen dan compressed air dalam silinder.

Gas ini ditempah masuk mengikut permintaan, bukan disimpan tetap di kaunter. Sebagai pengedar sah Linde, kami tempah terus daripada Linde — beritahu kami jenis gas, ketulenan dan bila anda perlukannya.

Gas Yang Kami Tempah

Gas Khas Yang Boleh Kami Bekalkan

Tiga gas ini paling kerap ditanya di kaunter Kangar. Kalau gas yang anda perlukan tiada dalam senarai, tanya kami — kami semak dengan Linde sama ada ia boleh ditempah.

He

Gas Helium

Termasuk helium ketulenan tinggi (pure helium) untuk kegunaan makmal dan industri, serta helium belon untuk majlis.

H2

Gas Hidrogen

Hidrogen industri (industrial hydrogen) untuk kegunaan proses dan makmal. Perlu pengendalian dan pemasangan yang betul.

AIR

Compressed Air

Udara termampat dalam silinder (compressed air cylinder) untuk kerja yang tidak sesuai menggunakan kompresor.

Helium

Gas Helium di Perlis

Helium ialah gas lengai (inert) dan sangat ringan. Dua jenis permintaan yang biasa kami terima adalah berbeza sama sekali, jadi beritahu kami yang mana satu.

Helium ketulenan tinggi (pure helium). Untuk kegunaan makmal, instrumen analitikal dan proses industri yang menetapkan gred tertentu. Beritahu kami ketulenan yang diperlukan dan kami semak dengan Linde sebelum menempah.

Helium belon. Untuk majlis, pembukaan kedai dan acara. Maklumkan tarikh majlis lebih awal — silinder perlu ditempah masuk dan diambil sebelum hari acara.

Hidrogen

Gas Hidrogen Industri

Hidrogen digunakan dalam kerja proses, makmal dan sesetengah aplikasi industri di kilang.

Hidrogen ialah gas mudah terbakar, jadi pemasangan dan pengendalian mesti betul. Beritahu kami untuk kerja apa ia digunakan dan pemasangan apa yang sudah ada di premis anda. Kami boleh cadangkan regulator dan aksesori yang sesuai, dan semak keperluan gred dengan Linde sebelum pesanan dibuat.

Simpan dan guna silinder hidrogen mengikut garis panduan keselamatan pembekal dan keperluan pihak berkuasa. Kalau anda tidak pasti, tanya kami sebelum memesan.

Compressed Air

Compressed Air dalam Silinder

Udara termampat dalam silinder berguna apabila kompresor tidak praktikal — kerja di tapak tanpa bekalan elektrik, ujian, atau kerja yang memerlukan udara kering yang konsisten.

Beritahu kami untuk kerja apa ia digunakan dan berapa lama anda perlukannya, supaya kami boleh cadangkan bilangan silinder yang munasabah dan bukan lebih daripada yang perlu.

Cara Ia Berfungsi

Gas Khas Ditempah Masuk, Bukan Stok Kaunter

Ini perbezaan utama antara gas khas dan gas harian seperti oksigen atau argon. Rancang lebih awal — jangan tunggu sampai hari anda perlukannya.

1

Beritahu keperluan anda

Jenis gas, ketulenan atau gred, berapa silinder, dan bila anda perlukannya.

2

Kami semak dengan Linde

Kami sahkan sama ada gas dan gred itu boleh ditempah, dan berapa lama masa yang diperlukan.

3

Jelaskan bayaran

Deposit silinder, harga gas dan sewa silinder — dibayar semasa mengambil.

4

Ambil atau kami hantar

Ambil sendiri di kaunter Kangar, atau kami aturkan penghantaran ke premis anda.

Bayaran

Apa Yang Perlu Dibayar Semasa Mengambil Silinder

Ada tiga bayaran, kesemuanya dijelaskan semasa anda mengambil silinder. Hubungi kami untuk sebut harga mengikut jenis gas dan kuantiti.

DEP

Deposit Silinder

Bayaran cagaran bagi setiap silinder. Dikembalikan apabila silinder dipulangkan dalam keadaan baik.

GAS

Harga Gas

Bayaran bagi gas di dalam silinder itu sendiri.

SEWA

Sewa Silinder

Sewa penggunaan silinder, dibayar di hadapan semasa mengambil silinder.

Silinder Ganti

Tukar Silinder Kosong & Penghantaran

Bawa silinder kosong anda ke kaunter Kangar untuk ditukar. Kerana gas khas ditempah masuk, maklumkan lebih awal sebelum silinder anda habis. Silinder kosong kami hantar semula ke Linde.

Penghantaran

Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke premis, bengkel atau tapak anda. Maklumkan semasa membuat pesanan supaya kami boleh susun jadual mengikut bilangan silinder dan lokasi.

Kawasan yang kami liputi

Perlis: Kangar, Arau, Kuala Perlis, Padang Besar, Simpang Empat, Beseri, Chuping. Kedah utara: melalui cawangan kami di Sungai Petani.

Berkaitan

Gas Industri Berkaitan

N2

Gas Nitrogen

Nitrogen industri dan nitrogen pengisian tayar.

Ar

Gas Argon

Shielding gas untuk kimpalan TIG pada aluminium dan stainless steel.

Semua Gas Industri

Halaman utama gas industri kami — oksigen, asetilena, argon, CO2, nitrogen dan gas khas.

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Adakah gas khas ada stok di kaunter?

Tidak secara tetap. Helium, hidrogen dan compressed air ditempah masuk mengikut permintaan. Maklumkan kepada kami lebih awal, terutamanya kalau anda ada tarikh yang perlu dipatuhi.

Boleh saya dapatkan helium ketulenan tinggi (pure helium)?

Beritahu kami ketulenan yang diperlukan dan untuk kerja apa. Kami semak dengan Linde sama ada gred itu boleh ditempah sebelum anda membuat pesanan.

Ada helium untuk belon majlis?

Ya, boleh ditempah. Maklumkan tarikh majlis lebih awal supaya silinder sempat sampai dan boleh diambil sebelum hari acara.

Apa yang perlu saya bayar semasa mengambil silinder?

Tiga perkara: deposit silinder, harga gas, dan sewa silinder. Kesemuanya dijelaskan semasa anda mengambil silinder. Deposit dikembalikan apabila silinder dipulangkan dalam keadaan baik.

Adakah anda pengedar sah Linde?

Ya. Bann Edar Sdn. Bhd. ialah pengedar sah Linde, jadi gas silinder besar kami ditempah terus daripada Linde — anda tahu jenama dan gred yang anda terima.

中文

特种气体供应 · 玻璃市

Bann Edar Sdn Bhd 为玻璃市(加央、亚娄、玻璃市港口)及吉打北部的工厂、实验室与承包商供应特种气体氛气(He)氢气(H2压缩空气钢瓶。

特种气体按需订货,店面不长期备存。请告知气体种类、纯度要求以及需要的日期,我们会向 Linde 确认。我们是 Linde 授权经销商。取瓶时需缴付钢瓶押金、气体费用及钢瓶租金。可自取,亦可安排送货。

电话:04-976 5570 WhatsApp:019-470 9929

Pusat Edaran Kami

Tanya Tentang Gas Khas Anda

Bann Edar Sdn. Bhd.
282 & 284, Jalan Kangar – Alor Setar,
Taman Mutiara, 01000 Kangar, Perlis.

Hubungi atau WhatsApp kami dengan jenis gas dan gred yang anda perlukan — kami semak dengan Linde dan maklumkan semula.

019-470 9929Talian Terus & WhatsApp

Waktu operasi: Isnin–Jumaat 9.00 pagi – 6.00 petang · Sabtu 9.00 pagi – 3.00 petang · Ahad tutup

Scroll to Top