Dawai Kimpalan · Kangar, Perlis
Dawai Kimpalan Linde MS6013 di Perlis
Bann Edar Sdn. Bhd. membekalkan dawai kimpalan (welding electrode) Linde MS6013 kepada bengkel, kilang dan kontraktor di Kangar, Arau, Kuala Perlis dan sekitarnya. MS6013 ialah elektrod jenis rutile untuk besi lembut (mild steel) — mudah dinyalakan, arka stabil, dan sesuai untuk kerja am serta pembaikan.
Sebagai pengedar sah Linde Malaysia, dawai kimpalan kami ditempah terus daripada Linde. Biasanya ada stok di kaunter Kangar dalam pek 5 kg.
Untuk Kerja Apa MS6013 Digunakan
MS6013 ialah elektrod serba guna. Kalau bengkel anda hanya menyimpan satu jenis dawai kimpalan, biasanya inilah yang dipilih.
Fabrikasi Am
Kerja besi lembut harian — rangka, bracket, grill, pagar dan struktur ringan.
Pembaikan & Penyelenggaraan
Kerja baiki di bengkel dan di tapak. Mudah start semula walaupun elektrod sudah separuh guna.
Plat Nipis
Arka lembut dan percikan terkawal, jadi lebih mudah mengawal kerja pada plat nipis.
Saiz Yang Biasa Kami Bekalkan
Tiga saiz ini paling kerap diambil di kaunter Kangar, dalam pek 5 kg. Saiz lain boleh ditempah — beritahu kami keperluan anda.
Kalau anda tidak pasti saiz mana untuk kerja anda, bawa contoh besi atau gambar kerja ke kaunter Kangar. Lebih mudah kami cadangkan bila kami nampak apa yang anda kimpal.
Padankan Saiz Elektrod Dengan Ketebalan Besi
Panduan am sahaja. Julat arus sebenar berbeza mengikut mesin, kedudukan kimpalan dan jenis kerja — sentiasa rujuk maklumat pada kotak sebelum menetapkan mesin anda.
AC atau DC? MS6013 boleh digunakan pada mesin AC dan DC. Kalau mesin anda kecil atau lama, saiz 2.6 mm biasanya lebih senang dikawal.
Simpan Kering — Ini Yang Paling Kerap Diabaikan
Elektrod yang menyerap lembapan memberi arka tidak stabil, percikan berlebihan dan kimpalan berliang. Ini punca masalah yang paling kerap dibawa balik ke kaunter kami.
Tempat Kering
Simpan dalam kotak asal, di tempat kering dan tertutup. Jangan biar di atas lantai konkrit.
Tutup Semula
Tutup pek selepas guna. Jangan biarkan elektrod terdedah semalaman di bengkel.
Tanda Lembap
Salutan retak atau berkulat, arka mendesis, percikan luar biasa — berhenti guna dan tanya kami.
Cara Pesan Dawai Kimpalan di Kangar
Beritahu saiz dan kuantiti
Saiz elektrod dan berapa pek. Telefon, WhatsApp, atau terus ke kaunter Kangar.
Kami sahkan stok
Biasanya ada stok. Bagi kuantiti besar, kami tempah masuk dan maklumkan bila sedia.
Kami beri sebut harga
Harga mengikut saiz dan kuantiti. Hubungi kami — harga tidak disiarkan di laman ini.
Ambil atau kami hantar
Ambil sendiri di kaunter, atau kami aturkan penghantaran bersama pesanan gas anda.
Guna setiap hari? Dawai kimpalan ialah barang habis pakai. Maklumkan kepada kami sebelum pek terakhir anda habis, bukan selepas — kami boleh sediakan lebih awal supaya kerja tidak tergendala.
Gas dan Barang Kimpalan Berkaitan
Tak pasti saiz atau model? Hantar gambar.
WhatsApp gambar kotak dawai lama atau kod elektrod yang anda guna. Kami semak dan cadangkan gantian yang betul, supaya anda tak buat perjalanan sia-sia ke kedai.
Soalan Lazim
Saiz mana paling laris?
3.2 mm (kadang ditulis 3.25 mm). Itu saiz serba guna untuk kebanyakan kerja fabrikasi besi lembut. Bengkel yang kerja plat nipis biasanya simpan 2.6 mm juga.
Ada pek selain 5 kg?
Pek 5 kg yang biasa kami bekalkan. Kalau anda perlukan saiz pek lain atau kuantiti besar, beritahu kami dan kami semak apa yang boleh ditempah.
Boleh guna dengan mesin AC?
Ya. MS6013 sesuai untuk mesin AC dan DC. Untuk mesin kecil, saiz 2.6 mm lebih senang dikawal.
Adakah anda pengedar sah Linde?
Ya. Bann Edar Sdn. Bhd. ialah pengedar sah Linde Malaysia (Malaysia Oxygen, kini Linde Malaysia), jadi bekalan kami datang terus daripada Linde.
Apa lagi barang kimpalan yang ada di kaunter?
Regulator, flashback arrestor, mata potong gas ANME, batu potong, dan gas kimpalan. Kebanyakan pelanggan ambil dawai dan gas dalam satu perjalanan.
林德电焊条 MS6013 · 玻璃市
Bann Edar Sdn Bhd 为玻璃市(加央、亚娄、玻璃市港口)及吉打北部的焊接工场、工厂与承包商供应 林德 MS6013 电焊条。MS6013 属金红石型(rutile)焊条,适用于碳钢/低碳钢,起弧容易、电弧稳定,交流直流两用。
常备规格:2.6 mm、3.2 mm(3.25 mm)、4.0 mm,5 公斤装。焊条须存放于干燥处,受潮会导致气孔与飞溅。我们是 Linde Malaysia 授权经销商,货源直接来自 Linde。价格请来电或 WhatsApp 询问;可自取,亦可与气体订单一并送货。
电话:04-976 5570 WhatsApp:016-422 5570
Semak Stok Dawai Kimpalan
Bann Edar Sdn. Bhd.282 & 284, Jalan Kangar – Alor Setar,
Taman Mutiara, 01000 Kangar, Perlis.
Hubungi atau WhatsApp kami untuk menyemak stok dan mendapatkan sebut harga sebelum anda memandu ke kedai.
Waktu operasi: Isnin–Jumaat 9.00 pagi – 6.00 petang · Sabtu 9.00 pagi – 3.00 petang · Ahad tutup