Bann Edar Sdn. Bhd. — Kangar, Perlis

Pam air mana sesuai untuk rumah anda?

Jawab empat soalan. Kami cadangkan pam yang cukup kuat — tanpa anda perlu faham istilah teknikal.

Soalan 1

Air rumah anda dari mana?

Pilih yang paling hampir.

Soalan 2

Rumah berapa tingkat?

Kira sampai tingkat paling atas yang ada paip air.

Soalan 3

Berapa bilik air?

Termasuk tandas dan bilik mandi.

Soalan 4

Bilik air paling jauh — berapa jauh dari tempat pam?

Anggaran sahaja. Kira ikut panjang paip, bukan jarak lurus.

Macam mana kami kira saiz pam air

Pam air bukan dipilih ikut saiz rumah. Ia dipilih ikut berapa tinggi air kena ditolak, dan berapa laju air kena mengalir.

Setiap pam ada had. Bila air kena naik tinggi, pam jadi lemah. Bila banyak paip dibuka serentak, pam jadi lemah lagi. Jadi tiga benda ini kena dikira dahulu:

1. Tinggi rumah

Air kena ditolak dari tempat pam sampai ke paip paling atas. Satu tingkat lebih kurang 3.2 meter. Rumah dua tingkat bermakna kira-kira 6.4 meter.

2. Panjang paip mendatar

Air yang mengalir jauh akan hilang tenaga sepanjang paip, walaupun paip itu mendatar. Lebih panjang paip dan lebih kecil saiznya, lebih banyak tenaga hilang.

3. Tekanan di kepala paip

Air yang sampai ke shower tidak cukup kalau hanya sekadar sampai. Ia perlu ada tekanan supaya pancutan kuat. Di sinilah rumus paling penting datang:

1 bar tekanan = 10 meter tinggi air

Jadi kalau shower perlukan 1.5 bar, itu bersamaan 15 meter — dan 15 meter itu kena ditambah atas tinggi rumah dan kehilangan paip tadi. Inilah sebabnya rumah dua tingkat selalunya perlukan pam yang jauh lebih kuat daripada yang orang sangka.

Contoh: rumah dua tingkat, dua bilik air

Tinggi rumah 6.4 meter, paip mendatar lebih kurang 15 meter, shower perlukan 1.5 bar. Campur semua, pam kena tolak air kira-kira 25 meter — pada kelajuan kira-kira 40 liter seminit untuk dua bilik air. Pam yang hanya mampu 17 meter pada kelajuan itu tidak akan mencukupi, walaupun kotaknya tulis kuasa kuda yang tinggi.

Kenapa jangan pilih pam ikut kuasa kuda sahaja

Ini kesilapan paling mahal bila membeli pam dalam talian.

Dalam senarai di bawah, MHS60-5M dan MHS90-4M kedua-duanya 1.15 HP — kuasa kuda yang sama. Tetapi pada kelajuan 60 liter seminit, satu hanya mampu menolak air 15 meter, dan satu lagi mampu 29 meter. Hampir dua kali ganda beza, dengan angka HP yang serupa.

Sebab itu iklan yang hanya menyebut kuasa kuda tidak memberitahu anda apa-apa yang berguna. Yang perlu dilihat ialah berapa tinggi air boleh ditolak pada kelajuan yang rumah anda perlukan. Setiap pam yang kami jual ada jadual prestasinya sendiri — kami boleh tunjukkan di kaunter, atau lihat halaman pam air kami.

Jadual prestasi pam EBARA MHS

Ketinggian air (meter) yang boleh ditolak pada setiap kelajuan aliran. Semakin laju air mengalir, semakin rendah ketinggian yang mampu dicapai.

ModelHP 0102030 40506070 8090100120 130145
MHS60-3M AM-PC0.653029262217127
MHS60-5M AM-PC1.1550484438312415
MHS90-4M AM-PC1.154342413936332924179
MHS120-4M AM-PC1.348474644423935312725176
MHS145-4M AM-PC1.65504948474543413835322818145

Lajur atas ialah kelajuan aliran dalam liter seminit. Angka dalam jadual ialah ketinggian air dalam meter. Semua model dilengkapi PressControl — pam hidup dan mati sendiri bila paip dibuka atau ditutup, dan berhenti automatik kalau bekalan air putus. Angka adalah panduan pengeluar. Lihat senarai penuh pam air yang kami stok untuk model Shimge, Hitachi dan Pedrollo, termasuk pam submersible.

Soalan lazim

Macam mana nak tahu saiz pam air yang sesuai untuk rumah saya?

Kira tiga perkara: tinggi dari pam ke paip paling atas, panjang paip mendatar ke bilik air paling jauh, dan tekanan yang anda mahu di shower. Campurkan ketiga-tiganya untuk dapat ketinggian yang pam kena tolak. Kemudian darab bilangan bilik air dengan lebih kurang 20 liter seminit untuk dapat kelajuan aliran. Pilih pam yang mampu ketinggian itu pada kelajuan itu.

Pam air untuk rumah 2 tingkat, berapa HP?

Kuasa kuda bukan jawapannya. Rumah dua tingkat dengan dua bilik air biasanya perlukan pam yang mampu menolak air kira-kira 25 meter pada 40 liter seminit. Dua pam dengan HP yang sama boleh berbeza jauh kemampuannya, jadi lihat jadual prestasi dan bukan angka HP di atas kotak.

Kenapa air tak naik ke tingkat atas walaupun pam baru?

Selalunya pam itu terlalu kecil untuk ketinggian rumah, bukan rosak. Punca lain yang biasa ialah paip terlalu kecil atau terlalu panjang, penapis atau paip tersumbat, udara masuk ke dalam paip sedutan, atau tekanan bekalan masuk yang terlalu rendah pada waktu puncak.

1 bar sama dengan berapa meter?

Satu bar bersamaan lebih kurang 10 meter ketinggian air. Jadi shower yang perlukan 1.5 bar bermakna pam kena membekalkan tekanan yang sama dengan 15 meter air — dan itu belum termasuk tinggi rumah dan panjang paip lagi.

Apa beza pam booster dengan pam biasa?

Pam booster menaikkan tekanan air yang sedia ada masuk ke rumah, sesuai untuk rumah yang ada bekalan paip atau tangki tetapi tekanannya lemah. Pam untuk perigi atau telaga pula kena menyedut air dari bawah tanah, dan itu jenis pam yang berbeza. Kalau air anda dari perigi, jangan guna jadual di halaman ini.

Di mana boleh beli pam air di Perlis?

Bann Edar Sdn. Bhd. di Kangar, Perlis membekalkan pam air EBARA, Shimge, Hitachi dan Pedrollo, termasuk alat ganti seperti pressure switch. Hubungi 04-976 5570 atau WhatsApp 019-470 9929 untuk semakan stok dan harga semasa.

Choosing a water pump — quick guide

How do I work out what size water pump my house needs?

Add three things together: the height from the pump to your highest tap, the length of horizontal pipe to the furthest bathroom, and the pressure you want at the shower. That total is the head the pump must deliver. Then multiply the number of bathrooms by roughly 20 litres per minute to get the flow. Choose a pump that reaches that head at that flow.

What pump do I need for a double-storey house?

A typical double-storey house with two bathrooms needs a pump delivering around 25 metres of head at about 40 litres per minute. Horsepower alone will not tell you whether a pump can do that, because two pumps of identical horsepower can differ by nearly double at the same flow rate.

Is a higher horsepower pump always better?

No. Horsepower describes the motor, not what the pump delivers at your flow rate. The MHS60-5M and MHS90-4M are both 1.15 HP, yet at 60 litres per minute one manages 15 metres and the other 29 metres. Always compare the performance table rather than the horsepower on the box.

Why does water not reach my upstairs shower?

Usually the pump is undersized for the height rather than faulty. Other common causes are pipework that is too narrow or too long, a blocked filter or strainer, air leaking into the suction line, and low incoming mains pressure at peak hours.

Where can I buy a water pump in Perlis?

Bann Edar Sdn. Bhd. in Kangar, Perlis supplies EBARA, Shimge, Hitachi and Pedrollo water pumps along with spares such as pressure switches. Call 04-976 5570 or WhatsApp 019-470 9929 to check current stock and pricing.

Barang berkaitan

Semua ada di kedai kami di Kangar, Perlis.

Cadangan di halaman ini adalah panduan awal untuk perancangan sahaja. Keadaan paip, tekanan bekalan dan pemasangan sedia ada boleh mengubah pilihan pam, dan angka prestasi adalah rujukan pengeluar. Untuk kepastian, bawa gambar pam dan paip anda ke kedai kami di Kangar, Perlis.

Scroll to Top